Tentang PINO Design

Dec 21, 2008

•• Bermula tahun 2006 di Shah Alam kemudian bertukar lokasi ke Kerinci,KL- Akhirnya mulai Februari 2008, Kad Kahwin PINO Design beroperasi secara online dan offline sepenuhnya. Segala urusan tempahan boleh dibuat secara online atau offline. Bagi pelanggan yang berminat untuk melihat sample kad kahwin, boleh hubungi kami. Bagi yang berada di sekitar lembah klang, boleh buat appointment di area KL. Bagi luar kawasan Lembah Klang, kami akan poskan contoh-contoh kad kahwin.

•• Kini, kami menyediakan galeri online yang mudah dilayari, pesanan online mudah & murah, khidmat info sms & blog. Kami juga mengekalkan kadar lama walaupun harga kertas naik beberapa kali berikutan kenaikan harga minyak, kami tidak berhenti 'memberi' hanya yang terbaik.

•• Kepada pasangan pengantin yang telah berurusan dengan kami, TERIMA KASIH kerana memberi kepercayaan untuk kami meneruskan perniagaan kad kahwin kami. SELAMAT PENGANTIN BARU kami ucapkan dan minta maaf pada pasangan yang kami x sempat ke majlis perkahwinan mereka (walapun dijemput hehe...). Walaupun usia kami baru 'setahun jagung', pelanggan kami berpuas hati dengan khidmat yang kami berikan. Insyallah jika diizinkan Allah dan dimurah rezeki kami akan cuba untuk mencari tapak membuka kedai secara offline untuk memudahkan lagi pelanggan berurusan.

•• Kepada semua bakal pasangan raja & ratu sehari - Team Kad Kahwin Pino Design mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" Jangan lupa terus mendekatiku di sini menerusi laman web & blog. Salam Aidiladha dan Selamat Tahun Baru.

0 comments

Post a Comment